Resepi Cucur Udang Rangup


Nampak macam senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya. Biasanya bila buat cucur udang ini masalahnya, bila digoreng ia 'masuk minyak' dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit saja cucur, terus mulut kita 'bermandi' minyak.

Di bawah ini salah satu resepi yang boleh anda gunakan untuk buat cucur udang yang rangup dan tentunya menyelerakan seisi keluarga.

Bahan-Bahan :

1 - 500gm atau 2 cawan tepung gandum.
2 - 1 biji telur.
3 - 1 paket yis segera - dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam.
4 - Air - ikut anggaran untuk bancuhan cucur (atau hampir 2 cawan).
5 - 1 sudu kecil garam.
6 - Sedikit serbuk kunyit.
7 - 1 biji bawang besar - dihiris.
8 - 200gm taugeh atau 1 genggam taugeh - cuci dan toskan kemudian diramas sedikit.
9 - 20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana - cuci dan toskan. Kemudian lap kering dengan 'tissue' dapur.
10 - 10 tangkai kucai - potong kecil.
11 - 1 biji cili merah - dihiris nipis.
12 - Minyak untuk menggoreng.

Bahan-Bahan Untuk Sos Cili :

1 - 5-6 biji cili merah.
2 - 3 ulas bawang putih - dikisar dengan 1/2 cawan air.
3 - 1/4 cawan cuka makan JALEN.
4 - 1/3 cawan gula atau secukup rasa.
5 - 1/4 camca teh garam.

Cara Penyediaan :

1. Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.

2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.

3. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.

4. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak hingga gorengan terendam. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas selama 2 minit. Kacau adunan, kemudian barulah cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi hingga hampir penuh dan lingkarkan seekor udang atasnya.

5. Letakkan udang atasnya dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.

6. Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

Untuk Sos Cili :

1. Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk.

2. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat.

3. Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cucur udang tadi.

Rahsia Masak Cucur Enak :

1. Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.

2. Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih 'crispy'.

3. Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur 'masuk minyak' dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

ADVERTISEMENT


You might like these as well: